TIPS MINUM 3 LITER AIR SEHARI DENGAN MUDAH

TIPS MINUM 3 LITER AIR SEHARI DENGAN MUDAH

Ada orang, bila cakap 3 liter sehari je terus ambil sekali 3 liter waktu pagi. Lepas tu tengah hari dan malam tak minum air kosong. Salah cara tu. 3 liter itu adalah jumlah air yang perlu diminum sepanjang hari. Saya nak kongsikan tips minum 3 liter air sehari dengan mudah. Jom baca!

 

Set alarm

Masing-masing ada smartphone yang canggih-canggih. Gunakan sebaiknya demi kesihatan anda. Bagaimana? Setkan alarm pada telefon anda setiap 2 jam supaya anda perlu minum segelas air. Katakan segelas air bersamaan 500 ml, jadi anda perlu set alarm sebanyak 6 kali.

 

 Minum menggunakan botol

Minum air kosong dari botol lebih menyenangkan berbanding menggunakan gelas. Kalau minum dari gelas, anda akan berasa sukar untuk menghabiskan segelas air. Tapi kalau minum menggunakan botol, rasa sekejap je da setengah botol.

 

Buat sukatan pada botol

Satu botol besar bersamaan 1.5 liter air. Buat sukatan masa pada botol tersebut. Contohnya jam 10 pagi banyak mana air yang harus anda minum dan kalau boleh sebelu jam 2 petang anda dah minum setengah botol air kosong. Ianya seolah-olah anda mencabar diri anda.

 

+ Minum air selepas solat

Konsepnya samadengan set alarm iaitu 500 ml untuk segelas air.

Selepas solat subuh – 1 gelas air kosong

Selepas sarapan – 1 gelas air kosong

Selepas solat Zohor – 1 gelas air kosong

Selepas solat Asar – 1 gelas air kosong

Selepas solat maghrib – 1 gelas air kosong

Selepas solat Isya’ – 1 gelas air kosong

Jumlahnya 6 gelas air kosong bersamaan 3 liter. DONE !

 

Air kosong campur perahan jus lemon

Ada antara anda jenis yang tak suka rasa air yang payau. Penyelesaiannya, dalam botol air kosong, masukkan sedikit perahan lemon. Selain dapat kebaikan air kosong, anda juga dapat kebaikan dari lemon itu sendiri.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
×

Cart

Ferry Modal oceanWP for Elementor Page Builder