
TL;DR
Wan Mohd Afendi ialah seorang usahawan, trainer, software developer dan web designer beroperasi di Subang Jaya, Selangor.
Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang programmer dan software developer selama 3 tahun selepas menamatkan pengajian ijazah dalam bidang Information Technology di UKM pada tahun 2000. Teknologi yang digunakan ialah Visual Basic, ASP, C# dan ASP.NET.
Selepas itu, beliau terjun dalam bidang keusahawan, marketing dan sales pada tahun 2004 dengan menjadi financial consultant bersama Prudential, Prudential BSN dan Coway selama 13 tahun.
Bermula tahun 2018, beliau aktif mengadakan kursus digital marketing di bawah program eUsahawan di sekitar Lembah Klang. Beliau juga menyediakan servis website design kepada individu dan korperat.
Di masa lapang, selain sibuk mendalami WordPress, ecommerce, dropshipping, chatbot menggunakan ManyChat/ ActiveChat, Facebook Ads dan Google Ads. Beliau juga suka menggodek mengenai programming, web dan mobile development menggunakan nodeJS, ReactJS, .NET framework, Blazor, ASP.NET Core, MVC dan Flutter.
Anda boleh melihat kursus-kursus yang ditawarkan dengan menekan butang “Lihat Kursus” di bawah. Anda boleh download CV saya terbaru dengan menekan butang “Download CV” di bawah.
-
Ogos 2020Alhamdulillah. Selepas 3 kali mencuba, akhirnya berjaya lulus exam dan mendapat Facebook Blueprint Certification Media Planning Professional pada Selasa, 19hb Ogos 2020.
Pada Jumaat, 22hb, saya juga lulus exam untuk Facebook Blueprint Digital Marketing Associate.
-
Ogos 2020Alhamdulillah. Berjaya lulus exam dan mendapat Google Ads Search Certification Professional pada 1hb Ogos 2020
-
April 2020 - Jun 2020Menjayakan kelas eUsahawan online bersama Coach Hakim. Kami berjaya mengadakan lebih 26 kelas menggunakan Zoom melibatkan lebih dari 412 peserta seluruh Malaysia. Pada masa ini seluruh negara terjejas disebabkan wabak COVID-19 dan pelaksanaan PKPP
-
November 2019Berjaya mendapat status ManyChat Agency Partner
-
Jun 2019Terus mengadakan kelas eUsahawan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan di Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor. Semuanya perojek JV bersama Coach Hakim 😁😍
-
Ogos 2018Mula menawarkan servis dalam bidang pemasaran online. Servis lebih kepada pembinaan website dengan menggunaan WordPress dan Elementor untuk website personal, koporat dan landing page.
-
Julai 2018Mula mengadakan kelas eUsahawan di sekitar Lembah Kelang bersama Coach Hakim
-
Mei 2018Menjadi trainer eUsahawan MDEC selepas lulus training dan exam
-
Januari 2016Secara rasmi menjadi agent Coway secara sepenuh masa
-
Disember 2015Memula masuk kelas belajar Al-Quran di Pusat Mengaji Darul Yaseer.
-
November 2015Mula belajar dengan lebih mendalam berkaitan dengan pemasaran online
-
Oktober 2015Perlahan-lahan meninggalkan Prudential Malaysia dan Prudential BSN Takaful Berhad selepas 13 tahun bergelumang