Pengasas D’Apple senaraikan kesilapan yang beliau lakukan pada awal bisnes

Tuan Abd Hakim Awang adalah bisnes owner kepada D’Apple Cafe & Restaurant dan D’Apple Frozen Food. Beliau telah mengharungi pelbagai masalah dan kejatuhan dalam bisnes dan kehidupan sehingga berjaya sekarang. Beliau rajin menulis pasal pengalaman besar dan perit jatuh bangun beliau dari awal penglibatan dalam bidang bisnes.

Jom baca yang ni dulu.

KESILAPAN-KESILAPAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN SEWAKTU DI AWAL PERMULAAN PERNIAGAAN :

1. Menganggap jualan pertama yang rancak akan berterusan

2. Menganggar keuntungan hanya berdasarkan (kiraan mudah) iaitu margin keuntungan darab berapa unit produk terjual. Akibatnya banyak kos lain yang tercicir

3. Duit syarikat, duitku jua. Tidak asingkan antara duit peribadi dengan duit syarikat.

4.Takut untuk beriklan. Tak manfaatkan ruang iklan percuma (macam fb, wassap dan instagram). Malu nak beriklan kerap takut orang kata ‘bersungguh sangat’

5. Ikut hati, atau ikut orang kata, bukannya ikut kehendak pasaran

6. Takut nak gajikan staff atau kadang kadang terlebih ambik staff

7. Tak jelas ‘target market’. Nak kail ikan keli tapi letak umpan sotong dan lempar joran ke laut.

8. Syok sendiri dengan produk. Tak boleh ditegur. Teguran pelanggan atau kawan dianggap berniat tak baik atau nak sabotaj

9. Terlebih belanja untuk kelengkapan pejabat / dekorasi

10. Kurang ilmu tapi tidaklah pula mencari ilmu

11. Tiada mentor atau tersilap pilih mentor.
Jika nak buat ais krim, kena cari mentor ais krim, jangan cari mentor kayu balak.

12. Semua kerja nak buat sendiri – One man show

13. Cepat putus asa. Walaupun hanya laksanakan 5 dari 1001 teknik pemasaran dan jualan, sudah putus asa dan mendakwa ianya sudah gagal.

14. Banyak bercakap dari bekerja

15. Terlebih merancang dari bertindak

16. Orang sebelah rumah pun tak tahu lagi kita bisnes apa, sudah sibuk nak eksport ke luar negara.

17. Kerja hanya ‘office hour’.

 

18. Takut nak tegur kesalahan staff. Jika tak takut pun, tiada faham seni menegur.

19. Terlalu fokus kepada jumlah jualan sampai terlupa kepada aktiviti pengenalan produk dan pembesaran pasaran jenama.

20. Salah menjangka, iklan hari ni, besok harap terus dapat jualan besar.

21. Kurang ber ‘networking’

22. Hanya tahu 5 dari 1000 strategi pemasaran. Malas nak cari lagi 995 kaedah lagi.

23. Banyak salahkan orang dan keadaan daripada salahkan diri sendiri

24. Menganggap jika ambik gaji sendiri, modal nak ‘rolling’ akan berkurang. Padahal, jika tak ambik gaji, duit perniagaan diambil dan digunakan macam biasa juga.

25. Cepat hilang semangat di tengah jalan. Sekali masuk seminar, sekali semangat datang. 7 hari selepas seminar, sekali semangat dah hilang.. kurang ‘self motivated’

26. Tak daftar perniagaan. Bukan PLT tapi Sdn Bhd

27. Tak buka akaun syarikat (Akaun semasa)

28. Tak catat keluar masuk duit. Tak guna akaun semasa (current account) masa transaksi urusniaga. Tak ada bukti kpada bank semasa nak mohon pinjaman.

29. Tak pakai invois / resit – tak ada perekodan

30. Tergesa-gesa sangat nak kembangkan bisnes ke satu tahap yang TERLEBIH BESAR, (tak normal) walhal bisnes belumpun sampai putaran setahun.

31. Too Ambitious – tak berpijak dibumi yang nyata..

32. Menganggap planning atas kertas akan menghasilkan 100% result seperti atas kertas juga..

33. Terlebih belanja kepada perkara yang tidak penting untuk bisnes.

34. Suka bertangguh

35. Banyak masa dihabiskan kepada kerja yang kurang penting.

36. Tak pandai nak bezakan ‘priority’ atau keutamaan yang mana dulu atau kena buat yang mana dulu..

37. Kuat berbisnes sampai lupa jaga kesihatan. Padahal kesihatan penting untuk kemajuan bisnes.

38. Kejar dunia sampai lalai urusan akhirat

39. Terlalu awal percayakan orang. Maksudnya terlalu awal ambil keputusan untuk hand over urusan bisnes kepada staff padahal SOP belum ada dan bisnes masih baru lagi..

40. Dan banyak lagi..

.
Jangan ulanginya.. 🙂

 

Semoga bermanfaat kepada semua!

Leave a Reply

×
×

Cart

Ferry Modal oceanWP for Elementor Page Builder