Nasihat Untuk Usahawan Untuk Terus Maju

Saya memetik ayat-ayat padu dan bermanfaat ini dari  fb Tuan Norizan Shariff

1. Semak niat buat bisnes. Kalau kita buat bisnes kerana nak buat duit, kita akan berasa nak give up apabila duit tak masuk. Sekiranya kita buat bisnes kerana nak bawa kebaikan, kita akan terus bersemangat apabila kita lihat orang gembira dengan kebaikan kita.

Image result for niat bisnes

 

2. Berhati-hati dengan apa yang kita cakap. Apa saja yang kita cakap (baik dan buruk), akan sampai kepada orang lain. Perkara buruk yang kita cakap akan lebih cepat sampai berbanding perkara baik.

Image result for bisnes talking

 

3. Usah berasa kita pandai sangat dan nak ambil kesempatan menipu kerajaan, pembekal, vendor, rakan kongsi atau pelanggan apabila ada peluang. Sekejap saja orang lain akan tahu penipuan kita dan reputasi kita rosak. Apabila rosak, susah nak pulih.

Image result for opportunity business

4. Utamakan keuntungan jangka panjang. Sesekali elok korbankan kepentingan jangka pendek untuk mendapat untung jangka panjang. Usah berbalah hal-hal remeh.

Image result for long term profit

 

5. Elak salahkan orang lain untuk tutup kelemahan sendiri. Sebagai orang yang memilih berdikari, kita kena bertanggungjawab kepada semua perkara yang berlaku dalam bisnes kita – baik dan buruk, untung dan rugi.

Image result for blame others

Leave a Reply

×
×

Cart

Ferry Modal oceanWP for Elementor Page Builder