Leadership vs Management

Nota Editor: Saya memetik artikel ini dari fb Tuan Johan Irwan

.
1. Saya pernah dengar orang berkata kita tak nak manager dalam organisasi, kita nak lebih ramai leader.

2. Ada juga program yang meletakkan objektif untuk menukar seseorang dari manager kepada leader.

3. Yang mana lebih baik? Menjadi manager atau menjadi leader?

4. Mungkin ramai yang menjawab, mereka taknak jadi manager, mereka nak jadi leader. (walaupun apa yang mereka kejarkan jawatan sebagai seorang manager).

5. Persoalan pokok adalah apakah yang dimaksudkan menjadi manager dengan menjadi leader?

6. Bagi saya kedua-dua penting, dan sesuatu organisasi tidak boleh berfungsi dengan cemerlang tanpa salah satu daripadanya.

7. Menurut John Kotter:
Leadership:
• Creates change
• Works through relationships with people
• Establishing direction
• Aligning people
• Motivating and inspiring

Management:
• Planning and budgeting
• Organizing and staffing
• Controlling and problem solving

8. Dalam erti kata lain, kedua-duanya penting dan role mereka adalah berbeza. Kedua-duanya ada set kompetensi yang berbeza. Bertanya yang mana penting, being a leader atau being a manager sama seperti bertanya mana lebih penting, tangan atau kaki. Jawapannya sudah tentu kedua-duanya.

9. Sama juga dalam syarikat, kita perlukan kedua-dua fungsi – sales dan marketing. Dalam organisasi juga kita perlukan leadership and management. Ada sesetengah daripada kita lebih berbakat dalam ‘pengurusan’ dan ada sesetengah daripada kita lebih berbakat dalam ‘kepimpinan’.

10. Biarlah orang yang bagus dalam memimpin menjadi pemimpin, orang yang bagus dalam mengurus menjadi pengurus.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
×

Cart

Ferry Modal oceanWP for Elementor Page Builder