Jawatan Professor dan Apa Bezanya?

Jawatan Professor dan Apa Bezanya?

Sehari dua lepas hebohlah pasal pensyarah UUM yang menggelabah dalam forum hingga ada yang mengira sampai 73 kali berubah cara duduk kerana terlampau mennggelabah. Body languange never lie. Dia digelar Professor Kangkung UUM, kerana menyangka dia adalah berjawatan Professor.

Dia Dr. PhD bukan berjawatan Professor. Prof adalah JAWATAN untuk pensyarah IPTA. Tetapi majoriti masyarakat, tertanam dalam otak, bahawa Prof. adalah lambang kebijaksanaan. SALAH!! Professor bukan lambang kebijaksanaan sebaliknya ialah JAWATAN. Sama seperti jawatan lain, ia perlu dipohon, bukan lantikan atau beri gelaran. Bahkan paling kelakar — ada yang menganggap Professor itu ialah anugerah, gelaran sepanjang hayat, panggilan hormat (paling lumrah).

Seperti YB wakil rakyat atau ahli parlimen, apabila sudah berhenti adakah kekal dipanggil, “Waibi”? Lainlah panggilan “Cikgu” , sudah meninggal pun kekal dengan panggilan “Cikgu”. Prof. bukan cikgu. Ia adalah pensyarah IPTA yang BERJAWATAN Professor. Bagaiama nak menjadi Professor. Seperti jawatan lain — ada peluang kekosongan, politiking, kronisma, team A, team B, kelayakan. Bijaksana? Tak ada dalam syarat permohonan. Kalau sudah berhenti? Tidak ada lagi letak Prof. di depan nama.

Contoh: Dr. Aziz Bari, berjawatan Professor di UIA, apabila dilucutkan jawatan, hanya Dr. Aziz Bari sahaja. Contoh lain, Dr. MAZA berjawatan Prof. Madya semasa pensyarah di USM. KIni dah berhenti dan menjadi mufti, tak ada lagilah letak Prof. Madya di depan nama. Itu aturannya. Tapi bagaimana dengan Dr. mata yang kuat meracau motivasi-motivasi itu?

Oleh sebab sebahagian besar rakyat Malaysia kekal percaya, “Prof. adalalah lambang kebijaksanaan, maka kekallah letak Prof. di depan nama, walaupun bukan lagi pensyarah berjawatan Prof. di HUKM. Tang mana bijaksananya, kalau setakat meracau begitu? Lambang bijaksana ke kalau setakat meracau motivasi-motivasi begitu?

Supaya tidak kena kelentong lagi, inilah jeni-jenis jawatan Professor:

1. Prof. Madya: Jawatan Prof. paling bawah, di bawah Professor. Gaji lingkungan RM6K

2. Professor: Jawatan professor untuk satu-satu jabatan pengajian IPTA. Mungkin juga IPTS yang ada reseach facilities. Apa IPTS Malaysia yanga da reseach facilities? Gaji lingkungan RM15k

3. Prof. Emeritus (bahasa Latin: yang lama bertugas). Ini baru anugerah dan gelaran, dah nak pencen barulah dapat. Untuk Professor yang telah lama bertugas. Seumur hidup boleh letak Prof. di depan nama.

4. Prof. : Hanya ada 1 sahaja di dunia ini, anugerah untuk Ungku Aziz (NC UM, pencipta Tabung Haji).

5. Prof Pelawat: Dipanggil Prof. memgikut tempoh mengajar / talk pada universiti tertentu. Kalau 2 bulan, maka 2 bulan sahajalah panggilan Prof. itu. Chef Two (ye puan, puan) tempoh hari pernah menjadi Prof. pelawat di UUM (UUM lagi…)

6. Professor Adjung: Gelaran kehormat untuk tokoh profesional, bisnes, seni dan lain-lain.

 

Sumber: Facebook

Leave a Reply

×
×

Cart

Ferry Modal oceanWP for Elementor Page Builder