Coway tawar pelan penapis air paling rendah

Coway tawar pelan penapis air paling rendah

KUALA LUMPUR: Coway, jenama penapis air terkemuka di Malaysia dan Korea Selatan memperkenalkan pelan Coway WOW dengan tawaran harga paling rendah dalam sejarah Coway Malaysia.

Pelan Coway WOW berharga RM65 boleh didapati menerusi penulen air Coway Neo CHP-260N yang bertujuan memberi kemudahan kepada pelanggan untuk menikmati air bersih dengan lebih berkualiti.

Neo CHP-260N mempunyai tiga suhu iaitu panas, sejuk dan normal dengan kapasiti tangki air lebih besar berbanding produk pelbagai yang sama di pasaran serta jaminan penukaran alat penapis setiap empat bulan.

Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi Ki Ryong, berkata pihaknya sentiasa komited dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

“Menjadi sebahagian tanggungjawab kami untuk menggalakkan kehidupan yang lebih sihat dengan jaminan air bersih lebih berkualiti.

“Kami gembira dapat membantu rakyat Malaysia terutamanya keluarga dan pasangan muda menikmati air bersih semula jadi dengan cara yang paling mudah.

“Melalui pelan ini juga, pengguna mendapat jaminan percuma selama tujuh tahun termasuk servis dua bulan sekali dan penukaran alat penapis,” katanya.

Sehingga kini, lebih enam juta rumah mempercayai penulen air berkualiti tinggi Coway yang menjalani pelbagai ujian terlebih dulu di pusat pembangunan kajian Coway sebelum dipasarkan.

Leave a Reply

×
×

Cart

Ferry Modal oceanWP for Elementor Page Builder