Trend Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda Kini

FAKTA GIG ๐Ÿ˜œ

  • 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed)
  • 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan persaraan

Umum semua sudah tahu. Kos sara hidup di Malaysia semakin meningkat dari hari ke hari. Makin ramai rakyat terutama dalam kategori B40 dan M40 yang melalukan dua kerja- satu kerja bergaji tetap dalam satu kerja samping-samada membuat part time atau menjadi usahawan/eusahawan kecil-kecilan.

Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat dan senang diperoleh, inisiatif pekerjaan secara sambilan (part-time) bukanlah satu perkara yang asing kepada rakyat Malaysia lagi.

Sesungguhnya, ia menjadi trend dunia terutama di negara-negara maju dan kini terus menular subur di Malaysia. Dengan perubahan pantas dalam dunia teknologi serta permintaan pasaran, ramai orang kemudiannya telah menjadikan pekerjaan secara sambilan ini sebagai pekerjaan tetap melalui kaedah pekerjaan bebas atau dikenali sebagai โ€˜freelanceโ€™. Fenomena ini juga lebih dikenali sebagai ekonomi gig di mana pasaran perkerjaan adalah berdasarkan kontrak jangka masa pendek dan pekerjaan bebas.

Ekonomi gig mula mendapat perhatian kerana evolusi era teknologi hari ini. Tambahan lagi kemunculan syarikat start-up yang berasaskan ekonomi bersama (sharing economy) seperti Grab dan Maideasy telah membuka peluang kepada orang ramai untuk memperoleh pendapatan sampingan.

Jadi, apa yang menyebabkan anak muda hari ini lebih gemar dengan konsep ekonomi gig? Golongan muda terutamanya sangat tertarik dengan ekonomi gig kerana mereka tidak terikat dengan peraturan yang ketat, mempunyai kebebasan menyusun masa mereka sendiri serta berpeluang menjana pendapatan melebihi gaji mereka sekiranya mereka bekerja. Mungkin inilah aspirasi anak muda Malaydia dan dunia.

Jadi apa perbezaan ketara antara pekerjaan tradisional dan gigi ekonomi?

Antara perbezaan ketara antara ekonomi gig dan pekerjaan tradisional adalah waktu kerja yang lebih fleksibel, pendapatan yang tidak tetap dan tiada had, tiada manfaat daripada majikan seperti insuran kesihatan dan tempat bekerja adalah bebas.

Menurut Bank Dunia, lebih kurang 26% populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) dan bilangan ini terus meningkat kerana semakin ramai pekerja hari ini gemar memilih perkerjaan yang lebih fleksibel.

Menurut badan ban terbesar itu lagi, sejak 2010, pekerja sendiri merangkumi 12% daripada pekerjaan bandar dan angka tersebut meingkat kepada 16% pada tahun 2016, bersamaan 1.7 juta orang dan peningkatan 760,000 orang semenjak 2010.

Di samping itu, ekonomi gig turut memberi kelebihan kepada majikan di mana mereka dapat menjimatkan wang daripada membayar manfaat pekerja. Jika sesebuah syarikat memerlukan satu tugas yang perlu diselesaikan, mereka mempunyai pilihan untuk mengambil pekerja bebas berbanding mengambil pekerja tetap. Majikan tidak lagi perlu โ€˜pening kepalaโ€™ untuk mengupah pekerja tetap yang mana mereka perlu diberikan manfaat perkhidmatan kesihatan, caruman wang simpanan dan lain-lain manfaat lagi.

Namun bukanlah semuanya indah sahaja mengenai ekonomi gig ini. Sebahagian besar daripada ekonomi gig terdiri daripada pekerja tidak berkemahiran seperti penghantar makanan dan pemandu Grab yang mana ia tidak memberi nilai tambah kepada pekerja. Ini seterusnya akan memberi kesan secara langsung kepada perjalanan kerjaya seseorang itu kerana tiada sebarang nilai tambah yang berjaya diraih walaupun sudah bekerja untuk tempoh yang lama.

Perkerjaan tidak mahir ini juga sebenarnya berisiko untuk digantikan dengan automasi. Sebagai contoh, Uber sedang giat melakukan kajian untuk mewujudkan kereta pandu sendiri mereka. Malah Tesla baru-baru ini telah melancarkan kereta pandu sendiri mereka. Apakah nasib pemandu Grab jika Grab turut bertindak untuk menggunakan kereta pandu sendiri?

Selain itu, mereka juga tidak mempunyai sebarang perancangan persaraan seperti mana pekerja yang mencarum KWSP. Dijangkakan hanya 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan persaraan. Tambahan lagi sebahagian besar mereka tidak memiliki sebarang insuran untuk menampung sebarang kecelakaan. Oleh itu, adalah amat baik bagi pekerja gig unutk mempunya pelan persaraan sendiri atau menyumbang secara sukarela di dalam KWSP.

Ekonomi gig dijangka akan terus berkembang dan mendapat tempat dalam dunia pekerjaan di Malaysia. Melihat kepada perkembangan ini, kerajaan seharusnya perlu megambil langkah untuk melaksanakan polisi yang bergerak seiring dengan perubahan lanskap pekerjaan hari ini.

Ekonomi gig adalah satu pasaran pekerjaan yang baik namun jika tiada sebarang usaha proaktif yang diambil ia juga mungkin akan menyebabkan banyak tenaga kerja bakal kehilangan pekerjaan di masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *