Kursus eUsahawan 2019 Kembali Dengan Kelebihan iaitu ada subsidi(Untuk seat dan masa terhad)!

Setelah bermula perlahan pada tahun ini, pihak MDEC telah memperkasakan lagi program eUsahawan untuk tahun 2019 ini.

Selepas program eUsahawanan ditangguhkan pada Oktober tahun lepas, pihak MDEC telah menyusun pelbagai strategi untuk memantapkan lagi program ini pada masa akan datang. Dan, seperti yang diketahui ramai, program ini sudah tidak mendapat fund dari kerajaan seperti tahun-tahun sebelum ini.

Ini bermakna, peserta akan dikenakan bayaran untuk hadir kelas eUsahawan. Perkara ini agak menjadi kegusaran pada kebanyakan trainer termasuk saya. Ini kerana kurangnya persediaan dan ia memerlukan lebih kos untuk membuat marketing.

Antara bulan Mac-April tahun ini, pihak MDEC telah memperkenalkan silibus baru dan juga web portal baru. Silibus terbaru ni saya tengok adalah peningkatan kepada silibus lama yang telah dijalankan selama 3 tahun.

Berita Baik Untuk Semua

Pada 16hb Mei lalu, saya dan para trainer lain telah dijemput untuk menghadiri perjumpaan berserta dengan majlis berbuka puasa di Futurise, Cyberjaya.

Dalam majlis tersebut, pihak MDEC telah mengumumkan insentif baru untuk program eUsahawan 2019. Inisiatif tersebut ialah para peserta mendapat subsidi dan tidak perlu membayar RM80 untuk menghadiri kelas eUsahawan! Subsidi ini terhada kepada 20,000 peserta yang pertama sahaja! 😉😎

Jadi, ia harus digrab dengan pantas. Kalau tidak, peluang ini akan terlepas kepada orang lain!

Secara umum, program eUsahawan dipecahkan kepada 3 level iaitu Basic, Intermediate dan Advance. Pada level basic, ada banyak topik. Ia dipecahakan kepada 9 topik utama. Nanti topik pada level Intermediate dan Advance saya akan cerita pada lain kali 😊.Saya senaraikan silibus terbaru seperti di bawah.

  • Pengurusan Perniagaan
  • Pengurusan Kewangan
  • Pengoptimuman Enjin Carian 
  • Copywriting
  • Facebook
  • Instagram
  • Laman Web
  • Pemasaran Emel
  • Aplikasi Mobil

Setiap topik pula mempunyai sub-topik yang perlu diajarkan dalam kelas.

Saya melihat ia sungguh menarik. Ada topik topik yang saya memang ‘master’ dan sangat mahu berkongsi dengan rakan-rakan usahawan di luar sana.

Camna nak daftar kelas eUsahawan?

Senang sahaja untuk mendaftar! Just masuk website e-commerce.my dan klik butang Daftar Sekarang/Register Now. Dengan mendaftar, tuan puan akan menikmati

 Tenaga pengajar berpengalaman diiktiraf oleh MDEC

  • Akses kepada 58 modul yang diiktiraf oleh OFQUAL dan industri
  • Sijil Digital penyertaan selepas tamat setiap modul
  • Dapat kumpul mata ganjaran dan tebus hadiah menarik

Jadi, jangan bertangguh lagi.

Saya akan memulakan kelas pada pertengah bulan Jun iaitu selepas Raya ini. Tuan puan yang berminat boleh terus whatsapp kepada saya dengan klik di sini

Sampai di sini dahalu.

Selamat berbuka semua!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *