2020- TERIMA KASIH, SELAMAT TINGGAL

Hari ni sudah 12hb Januari. Bermaksud sudah 12 hari kita berada di tahun baru 2021. Tahun 2020 banyak memberikan, memahat dan meninggalkan kenangan pahit dan manis, suka dan duka. Saya tuliskan sedikit sebanyak apa yang saya mahu dan saya ingat secara sepintas lalu.

  1. Pertamanya, saya mengucapkan kesyukuran dan berterima kasih kepada Allah SWT yang terus memberikan kesihatan tubuh badan dan akal kepada saya untuk terus menjadi hamba Nya dan menyumbang kepada agama dan orang ramai. Sebagai bekas seorang pesakit kronik, kesihatan adalah benda saya utamakan walaupun banyak masa saya tak jaga pemakanan 😄
  2. Saya pernah bekerja makan gaji selama sebulan lebih di salah sebuah syarikat perabut multinasional di Shah Alam pada bulan Mac. Jawatan apa? Digital marketer. Lebih kepada WordPress website maintenance dan email marketing. Kat sini saya belajar menggunakan Zoho Campaign pro dan tool Zoho berkaitan. Saya bertahan sebulan sahaja sebab company nak kurangkan kos sebab isu Covid. Sempat bekerja di office 3 minggu dan WFH selama 2 minggu. Ini adalah pengalaman makan gaji saya selepas meninggalkannya sejak tahun 2003.ðŸĨē
  3. Start bulan April, masa ni lockdown, saya mula buat kelas eUsahawan MDEC percuma secara online menggunakan Zoom. Sempat buat dalam 13 kelas. 4 kelas secara solo dan bakinya bersama fu Muhammad Hakim Danapalan. Inilah pengalaman pertama menggunakan Zoom dan buat kelas online. Pengalaman sungguh berbeza. Saya improve dari satu kelas ke satu kelas. Terima kasih kepada MDeC memberikan peluang lagi kepada saya.😃
  4. Saya dan keluarga kehilangan ibu dan bapa mentua dalam masa 8 bulan. Arwah mek pergi menemui PenciptaNya pada 2 Disember asbab Covid-19 dan arwah ayah pula pada hujung April. Al Fatihah. Kita doakan arwah mek dan ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminn.😭
  5. Tahun 2020 juga ialah tahun saya menduduki exam dan mendapat certification. Saya tak boleh tidak berterima kasih kepada team eUsahawan dan MDeC umumnya. Alhamdulillah, saya lulus dan mencapai matlamat mendapat Facebook Blueprint Media Planning certified dan juga certified Facebook Lead Trainer pada bulan November lepas.
    Selain itu, saya juga berjaya mendapat Google Search Ads certification 😁. Dan tak lupa, terima kasih kepada pihak training provider dan juga pihak HRDF. Saya telah mendapat certification as HRDF trainer. Dengan itu, saya terus memulakan training under HRDF under projek PENJANA untuk kelas di Kuala Lumpur dan Johor. 😭. Kelas HRDF semua dibuat bersama coach Hakim. Ada satu job tersepak dengan MARA . Haha 🙏
  6. Saya berkenalan dengan fu Izzat Azizi yang mempunyai minat mendalam dalam bidang digital marketing. Beliau ialah seorang usahawan yang menjalankan business holidays and tours. Banyak saya belajar dari beliau. Yang bestnya, dia ada dapat free credit untuk AWS dan sudi berkongsi akaunnya kepada saya. Dari sini, saya explore lebih lagi pasal AWS. Bukan setakat pakai EC2, tapi juga S3, elastic load balancing, Lightsail dan lain lain. Saya hampir jadi trainer terjun untuk AWS under HRDF. Tapi tak jadi. Masyukkk fu ðŸ˜ĩ
  7. Selain job training, saya juga macam biasa ambik juga job untuk buat website menggunakan WordPress dan chatbot building serta Facebook ads. Adalah job walaupun tak banyak. Untuk chatbot, saya dah beralih menggunakan Silfer bots dan aktif di group SilFer Bots Community: The Complete Messenger Marketing Platform.
    Ada juga job yang pakai ManyChat dan ActiveChat. Dan agak mengujakan ialah projek fundraising untuk sebuah maahad pada bulan November bersama fu Hakim dan fu Adi Amir. Kita target donations untuk local dan overseas market. Alhamdulillah, ROASnya makin menaik. ðŸĪŠ
  8. Saya secara rasmi dengan fu Hakim menubuhkan Barakah Digital- Web Design & Digital Marketing Agency. Fokus untuk projek sosial media marketing, website dan chatbot. Ini ada permulaan baik dalam perjalanan jauh panjang 😘
  9. Continuous learning. Continuous improvement. Kaizen. Ilmu itu memang luas. Cakap senang. Buat belum tentu senang, berjaya dan mendapat hasilnya. Saya keep belajar dengan sifu sifu, otai otai, kawan kawan semua. Banyak nama kalau saya nak sebutkan kat sini. fu Mohd Zulaimi ada salah sorang. Kalau bulan Disember ni, banyak saya duduk mendalami Facebook ads. Ada beli course dari local Facebook practitioner dan juga membaca dan menonton video di udemy dan youtube juga. Insyaallah ia memberikan manfaat kepada saya dan semua.ðŸĪ—
    Terima kasih semua. Terima kasih Allah. Selamat tinggal 2020
    .
20 / 100

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *