Bagaimana Rasullullah (selawat) Mengajar Kita Berani Bercita-Cita Besar!

Bagaimana Rasullullah (selawat) Mengajar Kita Berani Bercita-Cita Besar!

Direkodkan, dalam peristiwa perang Khandaq, ketika Rasullullah (selawat) dan para sahabat menggali parit buat persiapan medan perang, baginda bersabda:

“Konstantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”

(Hadis riwayat Imam Ahmad) Kata-kata ini, besar erti pada para sahabat. Ia pasakkan impian besar dalam minda. Manakan tidak, waktu itu Konstantinopel adalah kota di bawah empayar besar lagi hebat, jauh dibandingkan keadaan kerajaan di Madinah.

Jika difikirkan ia satu yang mustahil dicapai! Namun ia menyuntik semangat, cita-cita besar, wawasan hebat pada para sahabat. Aku harus menjadi raja hebat itu! Tentera hebat itu! Sejak itu, impian ini tidak pernah sirna.

Pertembungan dengan Byzantine terus berlaku satu demi satu. Bermula di medan Mu’tah yang menggugurkan Zaid bin Harithah sebagai ketua general, diganti Jaafar bin Abu Talib yang turut syahid. Ada banyak lagi siri pertembungan yang lain. Kemudian disambut panji perjuangan oleh seorang tua Ansar, sahabat mulia juga yang pada ketika itu berusia 80 tahun lebih, iaitulah Abu Ayyub al-Ansari di zaman Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan. Hingga syahid beliau digasak lalu minta dimakamkan paling hampir mendekat dengan tembok Konstantin yang terkenal sukar dipecah itu. Pesannya, kuburkan aku di bawah tembok agar dapat didengar derap kaki kuda sebaik-baik raja dan tenteranya.

Ketika itu tahulah aku benarlah kata Rasullullah itu. Masih cita-cita besar yang dipasak itu membumi hingga di bawa mati! 800 tahun kemudian, akhirnya pasak cita dan wawasan besar itu tertunai oleh seorang pemuda gagah perkasa lagi bijaksana, Muhammad al-Fateh. Ketahuilah bahawa, dari kecil cita-cita besar dari utusan Allah yang ratus tahun lalu itulah dipasak sedalamnya ke minda dan jasad pemuda ini oleh ayahnya Murad II. Kerana itu juga cita-cita besarnya. Cita-cita ayah dan moyangnya.

Dan ketahuilah kejayaan Sultan al-Fateh itu bukanlah semata atas usahanya semata, tetapi atas laluan generasi sebelumnya yang sedikit-sedikit merintis jalan buat mengejar cita-cita besar itu!

 

=== Begitulah kita dalam hidup. Mesti berani bercita-cita besar. Dan dari itu merintis jalan semampunya sampai berjaya. Jika tidak, moga dari usaha itu, terbuka jalan generasi seterusnya menegakkan wawasan agar tercapai apa yang dicita. Hidup mesti ada cita-cita. Beranilah punya cita-cita yang besar! .

 

#khalifahaiskrimkatering

 

Nota: Artikel ini saya petik dari Tuan Firdaus Shahidin

Leave a Reply

×
×

Cart

Ferry Modal oceanWP for Elementor Page Builder