9 Tips & Tricks Branding Online Untuk Usahawan

9 Tips & Tricks Branding Online Untuk Usahawan

Dalam dunia bisnes yang semakin mencabar, keupayaan mewujudkan brand yang kuat dan berkekalan adalah sangat penting. Dengan brand yang kuat, produk kita akan senang dikenali, diingati dan dipasarkan. Sudah tentu, jualan juga akan meningkat dengan berkali-kali ganda.

Ini ada tips dan tricks camna nak buat branding di online.

#1. PEMILIHAN NAMA – Nama mainkan peranan yang penting. Brand & produk adalah dua perkara dan nama yang berbeza. Ramai orang selalu buat kesilapan ini, nama produk dijadikan sebagai nama brand!

Pstt.. Starbucks dulu nak dapatkan nama tu terpaksa listkan lebih dari 100 pilihan nama. Anda ada berapa pilihan nama?

#2. KNOW YOUR BRAND – Kenal pasti apakah keunikan brand anda (USP). Anda perlu tahu kekuatan brand anda dan apa yang membezakan brand anda dengan pesaing lain. Dengan itu barulah boleh fokus dan highlight apa kekuatan/keunikan brand anda.

#3. PERSONAL BRANDING – Disamping ada brand/company profile. Anda juga perlu gunakan personal profile sebagai booster untuk kuatkan branding anda. Bina FB & IG profile untuk promote brand anda.

#4. ‘BRAND IS NOT JUST A BRAND’ – Selain bina branding semata-mata, objektif yang sebenar-benarnya adalah anda harus fokus pada berikan pengalaman kepada pelanggan atau bakal pelanggan anda. Dengan cara apa? Berikan value, tambah nilai atau sesuatu yang bakal beri manfaat pada mereka. JUAL PENGALAMAN…

#5. GUNAKAN #HASHTAG PADA SPESIFIK KEMPEN – Cipta kempen hashtag anda sendiri. Buatkan orang ingat dan tertanya-tanya tentang hashtag anda. Cara paling mudah mungkin motivasi atau kata-kata hikmat dari brand anda.

#6. “CREATE YOUR POSITIONING” – Salah satu strategi pantas untuk membuatkan orang membeli dengan brand anda adalah dengan mencipta positioning yang betul dan tepat dengan kehendak audiens.

Contoh.. Bila orang fikirkan tentang ubat gigi mesti fikir colgate.. Bila fikir tentang ayam goreng fikir kfc.. So apa yang anda nak orang ingat tentang brand anda?

#7. MAXIMUMKAN PLATFORM DIGITAL MARKETING – Gunakan semua platform online yang ada. Semakin kerap orang nampak brand anda semakin mudah orang nak ingat tentang brand anda. Buatkan orang nampak brand anda dimana-mana.

#8. BINA RUMAH ‘VIRTUAL’ ANDA – Dalam dunia online marketing tak sah kalau tiada website atau blog. Ia mampu kuatkan brand anda dan ianya bakal dijadikan sebagai hub untuk pelanggan dapatkan informasi tentang produk dan brand anda di dalam online.

#9. UNDERSTAND YOUR CUSTOMER – Untuk buatkan orang lebih mudah dan cepat untuk ingat brand anda, pilihlah bakal pelanggan yang tepat. Caranya? Lakukan survey atau audience segmentation. Kemudian buat iklan yang matching dan pastikan ia adalah kehendak pelanggan atau masalah pelanggan.

Saya juga menganjurkan kelas percuma dalam pemasaran digital khas untuk usahawan dan bakal usahawan. Tuan puan boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×

Cart

Ferry Modal oceanWP for Elementor Page Builder