Home » rahal

Tag: rahal

“Ini gila” kata Peter Rahal , CEO RXBar selepas mendapat habuan $600 juta

 

“It was kind of a no-brainer,” Inilah yang keluar dari mulut Peter Rahal, CEO  RXBar  selepas syarikatnya di beli oleh syarikat makanan gergasi dunia, Kellogg. Beliau juga masih mengetuai syarikat itu selepas ini juga berkata yang ‘deal’ yang dibuat itu telah menjadikan beliau seorang yang bebas kewangan(financial freedom).

RXBar, dibeli dengan perjanjian $ 600 juta  pada hari Jumaat lepas. Video temuramah dengan CNBC boleh diikuti di https://www.cnbc.com/video/2017/10/11/kellogg-pays-600-million-for-rxbar.html

Saya mula mengetahui pasal syarikat membuat bar protein ini tahun lepas dari post facebook, Tuan Norizan Shariff. Beliau merupakan ketua pengarah INSKEN.

Mengikut laporan, Rahal, 31 tahun,  baru kurang lima tahun menubuhkan RXBar dari bawah. Beliau bermula dari basement rumah beliau.

 

Apa yang menarik pasal protein bar ini? Apa keunikan atau USP yang dah dibuat?

Protein bar syarikat ini telah membuat keunikan di pasaran dengan memperkenalkan bar “clean label “. Ini dibuat dengan mengiklankan beberapa bahan/kandungan utama pada setiap pembungkusan bar itu.  Cukup mininal. Tanpa ropol, Apa yang ada di dalam, ia ditulis jelas di luar, Mereka bukan memasarkan produk, tetapi menjual manfaat (benefits).

Terdapat 11 perisa/flavor yang ditawarkan seperti mixecd berry, cokelat kacang mentega dan  cokelat kelapa.  Kebanyakan ramuan/bahan asas adalah terdiri dari putih telur, badam, kurma dan kacang.

 

Kellogg mempunyai harapan yang tinggi untuk pemerolehannya yang baru. Dalam siaran akhbar yang dibuat, gergasi bijirin yang berpangkalan di Michigan itu menjangkakan jualan bersih RXBar mencapai kira-kira $ 120 juta menjelang akhir tahun 2017.

“Tumpuan kami akan membantu memacu pertumbuhan berterusan jenama,” kata Paul Norman, presiden Kellogg North America, dalam kenyataan pada siaran akhbar itu itu.

Rahal berkata dia menyasarkan yang Kellogg  akan terus impak yang tidak boleh difikirkan dari segi nilai dan peluang. “Kellogg akan menyediakan kita dengan satu ton otot” untuk pertumbuhan, serta dana penyelidikan dan pembangunan yang “akan terus memperbaiki produk,” katanya.

Rahal juga berkata dia merancang untuk terus setia dengan tugasnya walaupun telah mendapat kekayaannya baru. “Saya dapat mengekalkan tugas saya, dan seluruh syarikat akan kekal utuh. Kami akan menjadi syarikat yang berdiri sendiri dalam Kellogg, jadi kami teruja untuk terus berkembang dan seterusnya maju ke peringkat seterusnya.”

 

Kita berharap kisah sebegini terus memberi inspirasi kepada semua usahawan di Malaysia.