Home » Perihal

Inilah adalah cerita ringkas saya serba sedikit. Kalau nak tulis semua dan details, memang panjang. Heh.

Nama saya Wan Mohd Afendi. Saya berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Saya mendapat pendidikan awal dan menengah di Kelantan sebelum menyambung pelajaran di Selangor dan Kuala Lumpur.

 

Gambar semasa di Form 5, Sekolah Menengah Mahmud Mahyiddin tahun 1995

Saya mendapat ijazah teknologi maklumat dalam bidang Komputeran Industri pada tahun 2000. Selepas grad, saya bekerja dalam bidang programming selama 4 tahun di 2 syarikat kecik. Pertama di Desa Pandan, Kuala Lumpur dari tahun 2001-2002. Kat sini saya belajar dan menulis kod dalam Visual Basic dan ASP. Ini pengalaman bekerja pertama saya. Masa ini, saya bujang dan baru nak membina kehidupan. Gaji kecik tak kisah bagi saya. Saya berhenti selepas gaji tidak dibayar.

Selepas menganggur selama 4 bulan, saya mendapat kerja baru di Damansara Intan, Petaling Jaya sebagai Web Developer. Tidak jauh beza dengan kerja lama. Cuma di sini saya lebih terdedah kepada perkembangan baru teknologi, pengaturcaraan dan sistem. Kat sini, saya membangunkan sistem web menggunakan ASP.NET dan C# sebagai bahasa pengaturcaraan. Database pula pakai MS SQL Server. Banyak saya belajar di syarikat ini. Pada hujung tahun 2003, saya berhenti kerja selepas gaji tidak dibayar dan mahu memulakan bisnes dalam bidang insuran sebagai agent. Bermulalah perjalanan kehidupan saya dalam bidang marketing dan sales dari kosong.

Saya lama spend masa dan terlibat dalam bidang insuran. Tahun 2006, saya start buat takaful selepas syarikat insuran tersebut mendapat lesen takaful dari Bank Negara Malaysia. Income pada masa ni agak OK la. Mencecah RM10K. Saya aktif menambah income dan membina agensi sendiri.

Gambar bersama tim Fast Forward masa buat insuran/takaful di majlis Result Planning Workshop tahun 2015

Saya tinggalkan bisnes ni pada hujung tahun 2015 atas beberapa faktor. Kalau dicampur-campur, saya bergelumang buat sales dan servicing dalam insuran/takaful lebih dari 10 tahun! Memang cukup lama bagi saya.

Gambar certificate sebagai agency trainer tahun 2008

Kawan-kawan saya yang join bersama saya dahulu ada yang sudah kaya raya sekarang. Ya, sudah jadi jutawan. Sama ada dikenali atau senyap. Namun, ramai jugak yang masih dalam income pertengahan. Just cukup untuk menampung kehidupan dan perbelanjaan diri sendiri dan keluarga di KL nih. Ada juga yang masih stay dan continue buat. Ada juga sudah beralih dan buat bisnes lain.

Sekarang, saya terlibat dalam bidang marketing dan sales dengan Coway Malaysia. Saya join  sebagai agent full time pada Januari 2016.

Gambar semasa di Coway Conference tahun 2017

Setakat post ni ditulis, sudah nak menjangkau 2 tahun saya berada di Coway. Kemahiran dan pengalaman saya dalam bidang insuran/takaful banyak membantu saya membina karier di Coway. Di sini, saya setkan target untuk memasuki bidang kepimpinan dengan kadar segera yang saya mampu. Saya aktif buat recruitment selain aktiviti marketing/sales. Saya aktif membuat marketing di facebook selain di offline. Saya ada dua fb page – Penapis Air Bersih Coway dan Usahawan Coway Malaysia selain 5 page backup :).

Sebelum masuk Coway, saya memang tidak tahu langsung pasal online marketing. Selepas masuk Coway, Saya mula belajar sendiri dan masuk kelas seperti kelas copywriting, Facebook Ads, Google Adwords, marketing funnel dan closing sales. Saya juga terlibat dalam program eUsahawan anjuran mDEC dari tahun 2016 dan 2017.

Saya dalam proses untuk menyiapkan satu website untuk marketing online di Coway Dengan Wan Mohd Afendi.  Ia masih belum siap.

Gambar bersama rakan bisnes di Klang tahun 2017

 

Pengalaman Blogging

Saya kenal istilah blog dan blogging masa tahun 2001. Masa tu yang femes ada dua; Blogger dan WordPress. Saya mencuba kedua-duanya. Blogger pada masih itu masih belum dibeli oleh Google. Saya lebih tertarik dengan WordPress kerana ia senang dipakai, mempunya interface yang menarik dan mempunyai team development yang selalu update kepada versi terkini.

Blog pertama saya ialah wmafendi.com. Ya, nama dia sama macam blog ini. Saya just menulis pasal kehidupan dan insuran/takaful sahaja di blog saya. Masa nak menulis memang terhad. Kalau sibuk sangat, 2 bulan sekali pun tiada satu post. Pada Februari 2012, saya membuat keputusan untuk tidak renew domain wmafendi.com kerana saya fikir tidak ada masa sangat untuk menulis dan saya tidak mendapat apa-apa manfaat/income dari situ.

Gambar emel dari Google Adsense

Heh. Hujung tahun 2017, saya start beli domain balik dan start blogging semula. Kali ini, matlamat saya lebih jelas. Saya juga mendapat kawan-kawan yang aktif blogging dan memberikan tips bagus dan galakan tambahan untuk mula balik berblogging.

Selain agak aktif di blog, saya aktif di facebook. Tuan puan boleh add as friend dan follow di fb saya-

https://www.facebook.com/wmafendi

Terima kasih!