Home » Kehidupan

Category: Kehidupan

30 Gaya Hidup Masyarakat Jepun Yang Anda Tidak Akan Jumpa Di Negara Lain

Rasanya ramai dah sedia maklum tentang budaya yang diterapkan oleh masyarakat Jepun ni memang bukan calang-calang hebatnya. Bab kebersihan dan disiplin paling tip top.

Namun begitu, banyak lagi perkara-perkara yang mungkin anda tidak tahu tentang negara matahari terbit ni.Jom kita semak 30 gaya hidup masyarakat Jepun yang pastinya anda tidak akan jumpa di negara lain.

1. Abang polis yang sangat friendly dan boleh diajak bergurau. Mereka juga akan meminjamkan wang untuk anda menaiki teksi jika tidak cukup duit.

 

2. Tidak pernah ambil tahu tentang wang palsu kerana jenayah ini tidak wujud di sana.

3. Tak perlu mengunci basikal walaupun diletakkan di tempat umum, malah letak la barang apa pun di atas basikal tu tak akan ada yang hilang.

 

4. Haus? Minum je air paip tak perlu beli air mineral.

 

5. Tak perlu kira baki wang lepas buat pembayaran sebab anda tidak akan berlaku shortchange. Nampak tak pekerja mereka memang cekap.

 

6. Tunduk kepada semua orang walaupun mereka tidak saling mengenali. Ini merupakan budaya biasa di Jepun.

 

7. Tak payah double check kualiti produk yang dibeli because there is no fake in Japan.

8. Bila melintas di jalan raya, tak pandang kiri kanan pun. Fuyooo

 

 

9. Oleh sebab bersih sangat negara Jepun ni, mereka hanya polish kasut sekali setahun saja.

 

10. Peminat tegar sayur-sayuran.

 

11. Dah set kan dalam kepala bahawa cetak rompak tu haram. Jadi, mereka memang tak beli barangan-barangan ciplak ni. Oh, patutlah maju.

 

12. Tak timbul rasa ingin tahu untuk mencari restoran yang terbaik kerana semua restoran di sana kelihatan sama saja daripada segi menu dan harga.

 

13. Letak payung dekat luar rumah? No problem. Tak akan hilang pun.

 

14. Tak boleh nak tawar-menawar sebab harga-harga di negara Jepun semuanya sudah tetap.

 

15. Tak payah susah-susah tolak tarik pintu melainkan pintu rumah sendiri, semua kedai di sana mempunyai pintu automatik.

 

16. Tak biasa dengan budaya perbalahan kerana di Jepun sangat aman.

 

17. Tak perlu bawa tisu untuk ke tandas, setiap tandas awam di sana menyediakan kemudahan ini.

 

 

18. Makanan laut lebih murah berbanding daging.

 

 

19. Merasakan bahawa perbuatan membuang sampah dan meludah di merata tempat adalah salah satu sikap yang keji.

 

20. Tidak pernah bimbang tentang diskriminasi tentang accent mereka.

21. Semua sudah sedia maklum bahawa orang Jepun ni tak ada la pandai sangat berbahasa Inggeris. Jika di Malaysia ada juga yang bercakap style Manglish, mereka pun tak segan nak bercakap dalam Japanglish.

 

 

22. Simpan sampah di dalam beg tangan dan buang bila sampai di rumah.

 

23. Semasa hendak melintas di lampu isyarat, mereka akan tunggu sehingga lampu hijau dan barulah berjalan walaupun masa tu tak ada kereta langsung. Memang betul-betul disiplin.

 

24. Budaya beratur tu memang dah tak asing di sana.

 

25. Walaupun bercakap dalam telefon, mereka tetap menganggukkan kepala biarpun tidak ada siapa yang melihatnya.

 

26. Sangat percaya pada kuasa pengiklanan.

 

27. Vending machines di mana-mana.

 

28. Tiada lagi istilah barang murah barang yang buruk dan tak berkualiti kerana di Jepun, kedai 100 yen semuanya barangan yang berkualiti.

 

29. Tidak seperti di Malaysia, jangan risau kepada renungan tajam peniaga jika kanak-kanak hanya bermain permainan di kedai mereka kerana ia tidak akan pernah berlaku di Jepun.


30. Kalau dengar orang ketuk pintu, tak ada yang akan bertanya “Siapa tu?”. Nak menunjukkan yang negara mereka memang selamat dan aman.

 

Best kan?

Jadi, ada siapa-siapa ke yang nak berhijrah ke Jepun?

“PERBEZAAN ANTARA KAYA GILA DENGAN GILA NAK TUNJUK KAYA”

 

Setakat artikel ini ditulis, saya belum menemui lagi Warren Buffet dan Mark Zuckerberg, pengasas Facebook beria-ria berswafoto untuk menunjukkan kekayaan mereka, tidak kisahlah sama ada mahu menunjuk-nunjuk kereta, duit, cincin atau pun rumah.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Warren Buffet masih lagi tinggal di rumah yang dibelinya pada tahun 1958 dengan harga USD31,500.

Rumah banglo milik Warren Buffett

 

 

 

Rumah banglo milik Mark Zuckerberg

Kereta hitam itu merupakan mereka yang dipandu oleh Mark Zuckerberg setiap hari ke tempat kerja. Bila ditanya mengapa, jawab beliau tidak suka dikenali orang ramai. MashaAllah, humble-nya orang kafir.

Manakala kereta coklat di bawah ini merupakan milik kepada manusia kedua terkaya di dunia, Warren Buffet.

 

Ada dua jenis orang kaya:

Pertama – Kaya gila
Kedua – Gila nak tunjuk kaya

Bagi kategori pertama, Kaya Gila, kebanyakkan kafir manakala bagi kategori kedua pula, Gila Nak Tunjuk Kaya, kebanyakkannya bani Melayu.

Bukan susah mahu mengenali orang yang kaya seperti Rockefeller, Bloomberg, Bill Gates, Vincent Tan, Warren Buffet, Robert Kuok dan lain-lain billionaire di dunia.

Mereka ini boleh dikategorikan sebagai spesis singa, duit tidak pernah habis. Sama ada anda suka dengan kami ataupun tidak, kami ada duit berbillion sebab kami pandai membuat duit. Kami tidak kisah apa yang orang fikirkan tentang kami.

Tetapi, spesis yang gila nak tunjuk kaya pun ramai dan senang mahu cam. Biasanya public figure Melayu yang ramai terlibat. Jenis macam ini namanya spesis kambing, berak tahi warna hitam macam makjun. Kaya jenis suam-suami kuku. Baru jadi jutawan sudah terkena kejutan budaya dan kebiasaanny, kekayaan mereka ini tidak bertahan lama.

Sekarang ini, di dalam Malaysia, spesis macam ini berlambak dan membiak di Facebook. Contohnya bila mahu ber-shopping di Louis Vuitton ataupun mahu membeli beg tangan Channel, Marc Jacobs ataupun Hermes, mereka akan buat live ataupun paling kurang berswafoto.

Bila mahu tempah kereta mewah, mereka suka beritahu satu dunia. Rumah berharga RM10 juta yang masih di dalam pembinaan pun mahu ditunjukkan kepada semua orang seperti mahu membuktikan kepada dunia bahawa mereka ini memang jutawan.

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary adalah salah satu contoh orang kaya spesis singa

 

Anak beli Bentley pun kena cerita supaya anak aku tahapnya lebih tinggi daripada orang lain. Jadi inilah perangai orang-orang yang suam-suam kuku kaya sebab itu dia kena beritahu orang ramai bahawa mereka ini kaya.

Mereka ini takut kalau-kalau orang lain tidak tahu yang mereka ini kaya, takut nanti orang cakap bisnes mereka tidak maju. Jadi imej mesti mahu dijaga. Ini namanya orang kaya tetapi low class. Sebab mereka ini ingat kelas itu terletak semata-mata pada material. Pakai Prada tetapi otak tiada.

Berlainan dengan spesis singa, mereka tidak perlu berswafoto depan butik Louis Vuitton semata-mata mahu memberitahu yang aku mampu, sebab mereka ini memang mampu. Tiada siapa yang boleh menghalang mereka daripada membeli.

Apa yang lawaknya, Melayu yang jenis kaya suam-suam kuku mahu beli beg tangan mahal, tetapi tanya harga, nampak sangat tidak cukup kaya.

Orang kaya gila mana ada tanya harga, kecuali jenis yang suka tunjuk kaya saja yang tanya harga, takut-takut duit mereka tidak mencukupi. Manakala orang kaya jenis singa pula mentaliti mereka adalah “I want this,I will pay.”

Orang kaya gila, habitatnya memang gila. Mindset mereka memang kaya. Cara berfikir mereka pun memang kaya sebab mereka menjadi kaya melalui proses yang bernilai dan matang.

Mereka tidak perlu mahu menunjuk kaya sebab mahu approval daripada orang ramai. Mereka tidak perlu berswafoto di dalam helikopter semata-mata mahu beritahu:

“I dalam heli yang I beli RM5 juta semalam…”

atau…

“Hari ini I naik business class siap belanja kawan-kawan sebab bisnes sudah boom. Habis RM50k, tetapi takpe, nanti tuhan tambah lagi..”

Tetapi, spesis singa beli beg tangan berharga RM200k sebuah bagi mereka tiada masalah, macam RM20 saja. Mereka pakai pun sebab mereka mampu dan puas, bukannya mahu beritahu orang lain yang mereka sudah mampu.

Ironinya, jenis yang kaya suam-suam kuku kena tunjuk di Facebook ataupun Twitter untuk beritahu yang dia sudah belanjakan RM20k beli sebuah be tangan. Jadi, nampak sangat dia yang excited jadi kaya.

Orang kaya gila seperti Bloomberg ataupun Bill Gates, money has no value to them because its already there. They are already successful.

Berbeza pula dengan yang kaya suam-suam kuku ini, kena beritahu satu dunia betapa hebatnya menjadi kaya, lalu kena tunjuk rumah sudah ada lima bilik, tengah rancang mahu membeli lagi 5 buah rumah lagi. Jadi terpaksa ambil gambar dan post di media sosial.

Kebiasaannya, orang terkenal yang suka menunjuk kaya berjayanya tidak akan bertahan lama. Sebab fokus mereka hanyalah mahu menayangkan kekayaan mereka. Cuba beritahu satu nama tauke produk Melayu yang sudah buat produk yang dapat bertahan selama 50 tahun dan pergi ke peringkat antarabangsa, ada? Normally, jenis yang suka menunjuk ini ialah ibarat berperangai seperti beruk dapat bunga. Terkejut sebab jadi kaya.

Kaya atau material are a product of success.

Tetapi di Malaysia ini, semakin ramai orang yang bodoh-bodoh dan memuja-muja orang terkenal ini sebab kekayaan mereka. Terkedu tengok hebatnya si kaya itu pakai Ferrari.

Orang kafir, mereka nilaikan kejayaan, bukannya materials. Mereka hormati orang sebab nilai kejayaan mereka, bukan materials. Mereka mahu tahu macam mana Mark boleh berjaya buat Facebook, bukannya mahu tahu Mark boleh beli apa. Bukannya mereka mahu tengok Mark pakai baju kot yang berharga cecah berjuta-juta ringgit.

Pernah nampak Mark selfie tunjuk cincin berlian berharga RM5 juta?

Budaya di Malaysia ini semakin penuh dengan aksi badut dan propa, semakin banyak orang yang suka. Waktu orang tengah suka, jual tahi kambing pun boleh dikatakan mujarab untuk kuruskan badan. Orang ramai beli sebab aksi badut yang dibuat.

Kemudian, beli cash gelaran Dato’ atau pun Dato’ Seri. Jadi semakin terserlahlah ‘kekayaan’ mereka dan dapatlah approval bahawa orang ini sebenarnya betul-betul hebat.

Lagi banyak buat aksi menarik perhatian orang ramai, walaupun sekadar aksi bodoh semata-mata, jadi semakin lakulah produk mereka. Tak pernah pulak saya nampak Armani atau Chanel buat aksi bodoh untuk mendapatkan perhatian.

Satu lagi,boleh cuba taja rancangan “agama”, maka tunduklah Melayu dan yakinlah mereka tauke produk ini sangat beriman, lalu berkerumunlah bani Melayu datang membeli produk mereka.

Kalau sudah memang berjaya dan bertaraf jutawan seperti Ronaldo ataupun Messi dan Usain Bolt, tidak perlu ambil gambar snediri dan tunjuk harta benda.

Paparazzi yang akan volunteer mengambil gambar kita tanpa pengetahuan kita. Paparazzi yang akan kejar mahu melihat koleksi kereta mewah kita, walaupun kita sorok.

Tetapi jenis gila mahu tunjuk kaya tidak berhenti-henti bercerita apa yang mampu mereka beli, macam tiada cerita lain di dalam hidup mereka. Dia menjadi seronok bila orang lain tahu yang dia kaya, bukannya seronok sebab produk dia sudah berjaya sembuhkan 500 juta orang di dalam dunia.

Cubalah baca kisah Leonardo De Caprio. Dia suka kehidupan yang low profile, kereta ada sebuah saja sebelum ini. Tetapi, anehnya satu dunia tahu betapa berjayanya dia di dalam kerjaya beliau. Tidak perlu pun beritahu betapa “aku mampu beli sebuah mansion di Malibu sebab aku pelakon terkenal di Hollywood…” Malulah sikit dengan orang kafir.

Ramai lagi artis Hollywood yang hebat seperti Matt Damoin, Denzel Washington, Daniel Day Lewis, semuanya hidup sangat low profile, jauh daripada orang dan tidak sukakan skandal ataupun gossip. Mereka tidak perlu mahu beritahu kisah percintaan mereka, anak sekolah di mana sebab bagi mereka itu semua kehidupan peribadi.

Tapi spesis Melayu kambing mahu beritahu satu dunia yang betapa gembiranya mereka menjadi kaya berbanding dengan orang lain. Kadang-kadang produk pun tahap mediocre saja, bukannya luar biasa pun. Tetapi kisah bodoh dalam kainnya yang lebih banyak dijaja dan ditertawakan.

Sumber : Dean Kadeer
.

Cara Saya Bayar Hutang PTPTN Bila Berhenti Kerja & Jadi Surirumah

Kalau berhenti kerja, macam mana nak bayar hutang PTPTN?

 

Ada banyak sebab seseorang belum mampu atau terpaksa menangguhkan membayar hutang PTPTN. Mungkin ada fresh graduate yang belum dapat kerja, nak mulakan bisnes sendiri, atau kebanyakan kes wanita pula terpaksa berhenti kerja dan jadi surirumah atas keperluan keluarga (macam sayalah).

Tapi, walau apa pun alasan kita – hutang tetap hutang.

Apabila berhutang, kita wajib bayar balik. Dulu masa berhutang tak pernah nak beringat, sekali dah terkena barulah tahu (macam saya juga).

Sehingga hari ini, sudah hampir 5 tahun saya berhenti kerja. Nak ditakdirkan, hutang PTPTN saya bukannya sedikit. Saya menuntut dalam bidang profesional (arkitek) di sebuah universiti awam dan mengambil pembiayaan penuh PTPTN. Kos pembiayaan bagi bidang ini mencecah RM35,000 bagi 5 tahun pengajian. Maksudnya, sebaik saja saya graduate, selepuk ada hutang RM35,000 yang perlu dilangsaikan kepada PTPTN dan jumlah ini belum lagi termasuk bunga atau kos pentadbiran.

Selepas graduate, saya mula bekerja. Cukuplah untuk menampung belanja harian, bayar hutang PTPTN, menabung untuk kahwin, dan ada lebih sedikit untuk beri kepada mak dan ayah. Tapi bagi seorang perempuan, biasalah, selepas berkahwin keadaan mula menjadi sedikit kompleks.

Semuanya bermula apabila suami saya dapat tawaran mengajar yang ditunggu-tunggu – tapi tak sangka pula kena ‘posting’ di Sarawak. Ketika ini, saya baru lepas bersalin dan sedang dalam tempoh cuti bersalin. Pening juga nak memikirkan bagaimana saya perlu mengatur hidup – sama ada nak teruskan kerja di sini dan ‘bercinta jarak jauh’ sambil uruskan anak sendiri ATAU nak ikut suami ke Sarawak.

Saya tak fikir panjang dan nekad ikut suami ke Sarawak – bukannya Kuching, Miri, atau Bintulu…tapi Betong. Mesti tak pernah dengar, kan?

Kawasan ini agak jauh ke dalam dan lapangan terbang terdekat adalah sejauh 3 jam perjalanan. Tapi bukanlah rumah atas pokok ya. Ada ‘line’ internet , rumah teres dan siaran TV Astro Njoi.

Berbalik pada kisah hutang saya tadi.

Sekarang saya dah berhenti kerja, tak ada pendapatan, dan masih berhutang. Jadi, apa yang perlu dilakukan supaya hutang ini tak menimbun dan menjadikan saya seorang yang kena ‘blacklist’?

#1. Kaji Keadaan Kewangan

 

Pertama sekali, saya nak tahu berapa lama saya boleh bayar habis loan PTPTN tanpa mengharap gaji suami? Tak kisahlah melalui bisnes baru, melalui gaji simpanan terdahulu, ihsan suami, dan sebagainya. Dengan cara ini, baru kita boleh nampak berapa lama kita boleh membayar hutang PTPTN tanpa mencari sebarang sumber pendapatan.

Selepas dikira-kira, hanya dalam 1-2 bulan saja yang mampu saya bayar. Nak harapkan simpanan bukannya banyak mana memandangkan kami berdua baru 2 tahun bekerja. Sebahagian besar simpanan pula dah dibuat belanja untuk majlis perkahwinan. Memang tak ada istilah nak bermewah.

Masa berpindah, kami datang sehelai sepinggang berbekalkan luggage 20 kg. Kereta pula suami pakai kereta lama ayahnya. Kereta ini dibawa ke Sarawak dengan kargo, kami masuk pula rumah kosong yang tak ada perabot. Bayangkanlah betapa adventure-nya akaun kami berdua ketika itu.

#2. Mohon Penangguhan Jika Perlu

Tahu tak, lepas bayar 2-3 tahun, jumlah hutang itu sebenarnya tak bergerak pun sebab yang dibayar habis dekat bunga dan kos pentadbiran. Sedangkan saya dah bayar mengikut jadual pelarasan (masa ini menggunakan sistem konvensional). Patutnya, masa berduit dulu, bayarlah lebih sedikit. Jadi, penting untuk kita update akaun PTPTN ini selalu. Rujuklah laman web PTPTN. Di sana kita boleh tengok berapa bayaran yang telah dibuat dan berapa jumlah bayaran yang tinggal.

Kalau nak minta penangguhan pun boleh. Tapi saya pernah tanya dengan Pegawai PTPTN, adakah bunga dan kos pentadbiran dapat dibekukan kalau kita memohon penangguhan. Dia jawab tak. Sama saja macam kita tak bayar, dan hutang itu pun bertambah. Jadi, buat apa mohon penangguhan? Supaya tak kena blacklist bila dah lama sangat berhenti membuat bayaran.

Oleh kerana saya malas dan kononnya saya boleh bayar balik dalam masa terdekat, saya tak mohon penangguhan.

#3. Strukturkan Peminjaman Semula

Lepas hidup dah agak stabil di Sarawak, suami saya offer’untuk sambung bayarkan hutang PTPTN saya. Tapi saya ‘malu-malu kucing’. Dekat setahun juga saya tak bayar PTPTN. Tapi Alhamdulillah nama saya tak disenarai hitam.

Jadi, saya cuba berunding dengan Pegawai PTPTN melalui Facebook dan lepas itu mereka bagi nombor pegawai melalui WhatsApp. (Kalau ada pertanyaan, tanya saja dekat Facebook mereka. Seingat saya mereka memang sangat responsif. Laju saja menjawab segala pertanyaan. ‘Salute!’)

Pihak PTPTPN mencadangkan saya untuk strukturkan semula peminjaman saya dan tukar kepada Ujrah. Kalau tukar kepada Ujrah ini memang bagus sebab bayaran setiap bulan tetap dan takkan bertambah walaupun ada kejatuhan matawang Ringgit atau sebagainya. Pegawai PTPTN juga akan membantu memaksimakan tempoh pinjaman untuk menetapkan bayaran yang sesuai dengan kemampuan kita setiap bulan.

Kos pentadbiran bagi pinjaman Ujrah adalah lebih rendah dan boleh jimat hingga 47%. Berbanding sistem konvensional yang dulu, awal-awal bayar sedikit, tapi lama-lama akan meningkat. Gerun tengok jumlah bayaran bulanan yang kena dibuat dalam masa 5-10 tahun lagi. Dah macam beli kereta sebiji.

Permohonan Ujrah ini prosesnya tidak sesukar mana. Kalau nak cepat, pergi ke Pejabat PTPTN dan mereka akan bagi Surat Tawaran Ujrah untuk dilengkapkan butirannya. TAPI syarat untuk memohon Ujrah ini, kita perlu melangsaikan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah bayaran yang tertunggak. Apa pun, jangan panik dulu.

#4. Pengeluaran Simpanan KWSP

Sewaktu mempertimbangkan permohonan Ujrah, saya dah beritahu pihak PTPTN siap-siap yang saya tak ada duit sebanyak itu. Jadi, saya diberitahu yang saya boleh memohon pengeluaran KWSP Akaun 2.

PTPTN akan memberi dokumen yang perlu kita bawa ke Pejabat KWSP. Lepas itu, mereka akan masukkan terus amaun pengeluaran KWSP tadi ke dalam Akaun PTPTN kita melalui sistem komputer.

Proses ini berjalan dengan sangat lancar, iaitu dalam masa beberapa minit saja. Dokumen dari KWSP yang dah disahkan tadi perlu diserahkan semula kepada Pegawai PTPTN untuk proses terakhir. Selepas itu, kita pun boleh buat bayaran bulanan seperti biasa.

#5. Rancangkan Pendapatan Tambahan

Kadar bayaran selepas memohon Ujrah adalah sangat berpatutan. Saya yang meminjam RM35,000 tadi cuma perlu membayar RM200 sebulan. Tapi kalau dah namanya surirumah, mana pula nak ‘cekau’ RM200? Tambahan pula, hidup di luar bandar Sarawak ini bukannya mudah kerana kurangnya fasiliti, tiada sanak-saudara, dan peluang pekerjaan yang sangat terhad.

Tapi, benarlah Allah kata kalau kita usaha, insha Allah ada jalannya.

Kebetulan, saya mendapat peluang menjadi pensyarah separuh masa dengan sebuah institusi kerajaan. Walaupun sekadar part time, saya cuba gunakan peluang tersebut untuk memohon pembiayaan ASB melalui CIMB.

Ada bermacam-macam cara untuk tanmbah pendapatan sekarang. Dengan just duduk di depan laptop berinternet juga boleh mendapat pendapatan tambahan. Saya pun ada buat.

#6. Ambil Pembiayaan ASB

Bagi saya, ini adalah ‘simpanan paksa’ saya dan wang persaraan saya. Lagipun, melalui simpanan ASB, kita hanya perlu mempunyai modal simpanan sekurang-kurangnya untuk 1 tahun dengan nilai yang kita mampu. Selepas tempoh itu, kalau tak ada simpanan pun, kita boleh keluarkan dividen (rolling dividend) untuk meneruskan ‘akaun persaraan’ ini sehingga habis tempoh ikatan perjanjian nanti.

Kalau dah malas nak teruskan, kita boleh terminate pembiayaan ASB dan dapatkan sedikit keuntungan selepas tempoh matang. Kalau disiplin, bolehlah dapat sekitar RM50,000 hingga RM200,000 selepas 10-30 tahun dari tarikh pembiayaan (bergantung kepada jumlah pembiayaan yang kita pilih). Mungkin ada yang kata tak untung pun, tapi kalau saya simpan sendiri tak tahulah dapat ke tidak sebanyak itu.

Lepas hampir setahun mengajar, saya kembali menjadi surirumah hinggalah ke hari ini. Walaubagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana saya masih mempunyai punca pendapatan di rumah melalui penulisan. Selagi ada duit lebih, saya akan biarkan dividen tersimpan di dalam akaun tanpa disentuh.

Kalau nak ikutkan, duit ‘simpanan paksa’ saya kini boleh membayar separuh daripada jumlah hutang PTPTN tersebut. Tapi, disebabkan jarak pejabat PTPTN yang jauh dan kurangnya bank yang berdekatan, duit tersebut saya peramkan dulu. Manalah tahu PTPTN ada buat promosi bayaran balik, berbaloi juga menunggu untuk bayar lump sum.

Jangan Biarkan Hutang PTPTN Menghantui Anda

Memang ada banyak sebab yang boleh menjadi punca hutang PTPTN kita tertunggak. Walau apa pun, janganlah takut untuk menghadapinya.

Sebaliknya, ambil langkah proaktif dan cuba bertanyakan kepada pihak PTPTN kerana mereka mungkin mempunyai pilihan dan pelan kewangan yang boleh kita usahakan. Rancangkan simpanan dengan baik dan cubalah mencari sumber pendapatan sekadar yang mampu. Sedikit tak mengapa, yang penting berkat. Jangan percaya pada skim cepat kaya atau bisnes yang meragukan.

Saya akui saya tak ada latarbelakang kewangan yang kukuh. Keluarga pun cukup makan saja. Mungkin disebabkan ‘tersadai’ di perantauan ini, ada hikmahnya yang tersendiri yang menjadikan saya ingin berdikari. Saya faham betapa sukarnya seorang wanita yang perlu menjadi surirumah walaupun mempunyai Degree mahupun Master. Bukan setakat kena tahan telinga daripada mulut-mulut orang sekeliling, bahkan sampai satu masa kita mungkin pernah berasa menjadi ‘beban’ kepada suami hingga sanggup ­mengabaikan hutang sendiri.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada sesiapa saja, terutamanya kepada peminjam PTPTN di luar sana. Apa yang dituliskan ini hanyalah melalui pengalaman saya. Saya bukanlah seorang pakar kewangan. Jadi, kalau ada yang lebih berpengalaman dan tahu selok-belok yang lebih menguntungkan, bolehlah kongsikan tipsnya semoga lebih ramai akan dapat manfaatnya.

Tips ini dikongsi oleh Puan Nazurah Hassan.

“ALONG, KALAU ADA PENAPIS AIR KAN SENANG”

Adawiyah jarang balik kampung menjenguh mak dan ayah. Yelah sibuk dengan keluarga dan kerjaya di bandar besar.
Biasanya dia balik waktu raya Aidilfitri dan Aidiladha sahaja. Nasib baik, suaminya satu negeri. Kira balik satu jalan jer la. Tidak perlu ikut giliran. Tahun ni kampung dia, tahun depan kampung saya.

Mak dan ayah just duduk berdua sahaja. Adik beradik lain semua bekerja di luar dan sudah berkeluarga.
.
Ya. Adawiyah memang dah menyimpan niat ni lama. Cuma, ia ditangguhkan atas sebab faktor kewangan dan masa.

Akhirnya, bila masa raya pertama Aidiladha hari tu, mak mengeluarkan permintaan jujur dari mulutnya yang uzur. Hati dia sedih. Macam ada batu besar menghentam dadanya. Matanya berkaca. Cuma dia tak tunjuk kat mak.

Dia merasakan amat bersalah. Ya. Amat. Mungkin mak sudah tak larat untuk menjerang air dan menyimpan air botol setiap hari. Kesihatan mak juga makin berkurang. Walaupun tiada penyakit berat seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya, faktor umur memang tidak boleh dielakkan.

Dia tidak mahu bertangguh lagi. Tidak mahu sabar lagi.

Terus dia call agent yang dia dah PM di post fb 2 minggu lepas. Namanya Wan. Nombor telefon agent tu ialah 0193831240. Si Wan dah explain semua pakai Whatsapp dan melalui telefon. Dia dah jelas dan terang dengan model mana yang sesuai, harga bulanan, pakej servis serta waranti. Semua #cun dan memuaskan hati. Dia memang yakin Coway ni pilihan terbaik.
.
Selepas seminggu pasang penapis air di rumah mak di kampung, dia call bertanya khabar. Mak menyatakan kesyukuran. Mak cakap kerja dapur senang sekali. Tak perlu dah jerang air macam dulu. Tak perlu dah simpanair dalam peti sejuk macam dulu. Nak buat kopi dan teh untuk ayah pun senang.

Allahuakbar. Dia sangat sayu mendengar kata-kata mak itu. Inilah sedikit bakti yang dia berikan. Jauh sekali untuk membalas jasa mak dan ayah melahirkan, membesarkan dan mendidiknya sehingga besar. Dia berdoa supaya mak dan ayah sentiasa dalam keadaan sihat dan dalam kerahmatan Allah.

Tetiba matanya berkaca lagi.