Home » Islamik

Category: Islamik

10 Cara Untuk Bersedekah Walaupun Kita Tidak Kaya …. Hikmah Disebalik Sedekah Membuat Ramai Yang Tak Sangka

Kata orang kalau kita kaya, hari-hari rasanya seperti hari raya. Boleh bergembira dan berbuat semua kebaikan yang kita impikan. Dapat memberi dan berkongsi kekayaan kita dengan orang lain.

Tetapi benarkah kita hanya boleh berbuat baik, dan memberi kepada orang lain sekiranya kita kaya-raya sahaja?

Kebaikan sebenarnya dapat diberikan kepada orang lain dalam apa jua keadaan sekali pun. Sesetengah situasi datang sebagai ujian dalam hidup untuk kita memilih sama ada untuk memberi atau melupakan.

Kadangkala kita juga mungkin terlupa untuk memberi kepada insan terdekat yang kita temui saban hari.

Jadi, apa kata kita lakukan 11 cara memberi yang sangat mudah ini meskipun kita belum lagi menjadi orang kaya atau jutawan.

#1 Salam dan Peluk

Apabila berjumpa dengan golongan gelandangan atau anak-anak yatim, hulurkan bantuan dan duduk berbual bersama-sama mereka. Selain daripada wang ringgit, mereka juga perlukan teman berbual dan merasakan pelukan mesra seorang ahli keluarga.

 

#2 Meow!

Ada kucing jalanan yang merapati kita sewaktu di kedai makan? Kongsikan sedikit makanan kita serta belai manja kucing-kucing ini. Haiwan juga seperti manusia, selain mempunyai makanan dan tempat tinggal, mereka juga mahu disayangi dan dimanjakan.

 

#3 Kosong-kosong

Memberi kemaafan kepada seseorang bukan mudah. Beritahu dengan jelas kepada orang yang meminta maaf kepada kita, bahawa kita telah memaafkan dia dengan setulus hati. Kemaafan bukan sahaja akan memberi ketenangan hati kepada dia, tetapi kepada kita juga.

 

#4 Jalan Terus dan Belok Kiri

Tidak tahu ke mana hendak dituju apabila berada di tempat yang baru dikunjungi memang tidak menyeronokkan. Andai kita arif selok-belok sesebuah bangunan atau tempat, tunjukkan arah yang jelas kepada orang yang bertanya sehingga dia menemui apa yang dicari.

#5 Percuma Untuk Tuan Puan

Sewaktu membeli makanan, bayarkan beberapa bungkusan lebih untuk orang lain yang datang kemudian. Di pasar malam, beli satu dulang kuih kegemaran kita, dan minta penjual agihkan percuma kepada sesiapa sahaja yang berhajat membelinya nanti.

 

#6 Syurga Kita

Semakin hari ibu bapa kita akan menjadi semakin berusia. Sekiranya mereka memerlukan rawatan rapi di hospital atau di rumah, tawarkan diri menjaga mereka dengan sebaiknya. Kita tidak tahu berapa lama masa yang kita ada untuk melakukan bakti sebegini.

#7 Hai Pak Guard

Berselisih dengan pengawal keselamatan setiap hari? Selain senyum, tanyakan juga khabar mereka. Jangan lupa bungkuskan kopi O dan makanan juga. Sekali-sekala tanyakan tentang keluarga dan kisah kerja mereka.

#8 Bento Untuk Semua

Bekalkan makanan lebih untuk anak kita makan bersama rakan-rakannya pada waktu rehat di sekolah. Sewaktu mengambil anak pulang dari sekolah atau di taman permainan, belanja aiskrim buat kanak-kanak yang ada di sana.

#9 “Keyboard Warrior”

Di media sosial hari ini, terdapat pebagai isu dipaparkan dan kemudian dibaca oleh kita. Tinggalkan komen yang sopan dan tidak menghakimi orang lain. Wira papan kekunci yang sebenarnya adalah mereka yang tidak mudah berkongsi tanpa usul periksa dan menghormati orang lain.

#10 Senyum

Paling senang nak buat! Jika seseorang tersenyum kepada kita, balas semula senyuman itu dengan lebih manis. Kita tidak tahu apa yang dia sedang hadapai, tetapi dia masih mampu menguntumkan senyuman buat kita. Senyuman adalah pemberian paling mudah dan memberi kesan gembira serta-merta kepada pemberi dan penerimanya.
Tidak ada salahnya menjadi kaya untuk memberi kepada orang lain.

Namun kita tidak perlu menunggu menjadi kaya atau jutawan sebelum mahu berkongsi apa yang kita ada.

Sewaktu memberi, hantarkan barang pemberian kita itu bersama rasa kasih, sayang dan persahabatan kepada orang yang menerima. Memberi bererti mendidik hati merasa cukup dengan apa yang ada serta langsung tidak mengharapkan ucapan terima kasih.

Kita mungkin tidak akan dikenali sampai bila-bila tetapi hati kita akan merasa bahagia.

Jadi, sudahkah kita memberi walaupun sekuntum senyuman pada hari ini?

Sumber: tazkirah.net

Sesi kuliah Sunnatullah Dalam Kehidupan oleh Dr. Ahmad Faisal di Surau Al -Ittihadiah

 

Saya amat jarang sekali mengikuti kulaiah di masjid taman saya. Agak sibuk mencari pendapatan tambahan buat masa terdekat ini.

Ramai ustaz-ustaz yang datang mengajar. Setiap malam tanpa miss. Pihak masjid dan surau sentiasa berusaha menyusun jadual kuliah bagi terus menyebarkan luaskan ilmu agama dan mengimarahkan masjid/surau.

Masa zaman bujang dahulu saya menetap di Seksyen 20 Shah Alam. Saya selalu jugak singgah di Surau Al -Ittihadiah di Seksyen 9, Shah Alam. Surau ini sangat aktif dengan program agama. Sudah macam masjid besar! Kalau pada bulan Ramadhan, aktiviti keagamaan lebih meriah. Pesta ibadah di sini memang terasa. Jamuan iftar juga meriah dengan menu istimewa dan jemaah yang hadir. Bajet ditambah banyak.

Selepas berkahwin dan berpindah, saya sudah jarang ke surau ini. Dalam seminggu ada lah sekali. Surau ini banyak kenangan susah senang kehidupan saya.

Yang best, surau ini ada channel khas di Youtube dan selalu buat ceramah live. Saya ada juga mengikutinya.

Ada seorang ustaz yang diikuti ramai sekarang terutama di kawasan Lembah Kelang. Beliau ialah Ustaz Dr. Ahmad Faisal Abd Hamid. Beliau berasal dari Manek Urai, Kelantan dan sekarang merupakan ketua jabatan di Fakulti Sejarah Islam di Universiti Malaya. Beliau sangat aktif memberi kuliah di masjid dan surau.

Apa yang menarik tentang beliau?

Kalau soalan ini ditanya kepada saya, ada tiga sebab yamg menyebabkan saya tertarik dan duduk mengikuti kuliah beliau. Mungkin orang juga bersetuju dengan saya. Tiga sebab itu ialah

1. Penyampaian
Beliau berusaha mencari kelainan dalam menyampaikan kuliah dan ilmu beliau. Jadi ia menyebabkan kuliah menjadi boring sahaja. Ada sahaja yang menyebabkan jemaah ketawa dan terus mahu mendengar

2. Topik
Beliau membawakan topik lain dari ustaz lain. Saya suka dengan kuliah beliau berkenaan dengan tasawuf. Ilmu beliau cukup dalam dengan kajian dan bacaan yang dibuat sepanjang belajar menjadi pensyarah

3. Mesra jemaah
Selepas usai kuliah, beliau selalu meluangkan masa dengan jemaah dan sedia melayan setiap soalan yang dikemukakan berkenaan dean topik kuliah. Bukan itu sahaja, beliau juga boleh diajak berbicara tentang isu semasa dan pendapat peribadi bagi sesuatu permasalahan agama.

Salah satu sesi kuliah saya pautkan di sini untuk tontonan semua.

Selain itu, beliau jugak aktif di facebook beliau. Salah satu aktiviti yang dibuat ialah mencari derma untuk Projek Happy Lunch for Needy 2.0.

Tuan puan boleh ikuti beliau di facebook dengan klik di sini.