
Hari ni genaplah umur saya 31 tahun. Saya merasakan saya sudah cukup tua..opss agak matang pada umur sekarang.
Pelbagai benda telah berlaku sepanjang perjalanan ini. Banyak pengalaman yang saya telah kutip. Semuanya terpahat kukuh dalam ingatan saya. Saya akan jadikan semua tu sebagai faktor untuk memajukan lagi diri dan hidup saya.
Basically, dalam lebih kurang 7 bulan ni saya telah memulakan fasa baru dalam hidup saya sebab saya telah start untuk menyelesaikan hutang puitang yang ada serta memulakan beberapa perkara baru dalam hidup saya. Ianya baru bermula dan saya harap semuanya berjalan dengan lancar mengikut jadual. Saya on track dalam mengejar impian saya!
Hari saya macam hari birthday yang lepas-lepas, saya nak buat solat hajat supaya disihatkan tubuh badan dan dimurahkan rezeki. Amin!





----------------------------------------------------

