Home Life Salam Merdeka dan Salam Ramadhan Al-Mubarak!
formats

Salam Merdeka dan Salam Ramadhan Al-Mubarak!

Published on August 30, 2008 by in Life

Salam Merdeka

Sempena ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-51 dan kedatangan bulan yang mulia, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Sesungguhnya dua peristiwa ini sepatutnya memberikan masa kepada kita untuk bermuhasabah dan berfikir sejenak tentang pelbagai perkara yang telah berlaku dalam kehidupan kita dan mengambil iktibar daripadanya.

Hari merdeka, bagi saya ialah hari kesyukuran dan pengimbasan kembali jasa-jasa pejuang pejuang kemerdekaan yang menumpahkan darah bagi membolehkan Malaysia bebas dari penjajahan. Perjuangan mereka begitu hebat dan tidak ternilai dengan wang ringgit. Ia mesti dijadikan iktibar supaya kita tidak lupa asal usul kita dan kita tidak terus hanyut dibuai mimpi indah dan berada dalam zon selesa. Saya melihat ramai bangsa kita yang masih dibuai dengan mimpi indah dan tidak berusaha kuat untuk memajukan diri dan keluarga.

Ramadhan Al-Mubarak; bulan mulia yang dinantikan oleh seluruh umat Islam. Bulan ini Allah SWT memberikan ganjaran yang berganda-ganda di atas segala amalan baik yang kita lakukan. Oleh itu, marilah kita memperbanyakkan amalan dengan menyempurnakan puasa dan melakukan banyak amalan sunat selain dari amalan wajib. Marilah kita memenuhi masjid-masjid dan surau-surau untuk menunaikan solat fardhu lima waktu dan solat Tarawih setiap malam. Sangat rugilah orang yang mempersiakan bulan ini.

Sekali lagi saya ucapkan, Salam Merdeka dan Salam Ramadhan Al-Mubarak.

prudential

 
Tags: ,
 Share on Facebook Share on Twitter Share on Reddit Share on LinkedIn
No Comments  comments 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>